Friday, January 27, 2012

Amalan Supaya Pasangan Tidak Curang

Di zaman yang penuh pancaroba dan pergaulan lelaki dan perempuan hampir tidak ada batas, tiada beza anak dara atau teruna, isteri atau suami orang, duda atau janda, maka eloklah kita bersedia. Bak kata pepatah melayu, sediakan payung sebelum hujan, jangan jadi dah terhantuk, baru tergadah.

Untuk si isteri (atau isteri-isteri) yang risau suami berlaku curang, maka bolehlah diamalkan doa dibawah. Sekiranya untuk suami, maka tukar domir ( zanbahu - zanbahaa), (qalbahu - qalbaha), (farjahu - farjaha)


Thursday, January 19, 2012

Simtom-Simtom Gangguan Jin

Untuk mengenalpasti seseorang tersebut diganggu makhluk halus, maka perhatikan tanda-tanda dibawah. Kebiasaannya (90%) seseorang yang diganggu makhluk halus mempunyai tanda seperti berikut

  • 2 tanda semasa sedang tidur, dan 1 tanda semasa sedar
  • 1 tanda semasa tidur, dan 2 tanda semasa sedar

Ketika tidur

*Dihimpit sesuatu ketika tidur.
*Bunyi gigi ketika tidur.
*Mimpi bayi, budak kecil atau menyusu bayi yang disayangi ketika tidur.
*Mimpi binatang berbisa dan binatang buas seperti ular, kala jengking, anjing, harimau dll.
*Mimpi menakutkan.
*Mimpi paderi, salib dan gereja.
*Mimpi tanah perkuburan dan orang mati.
*Mimpi benda kotor, jijik dan sampah sarap.
*Mimpi tersentak jatuh dari tempat tinggi.
*Terdengar suara orang datang menyergah dan memarahi ketika tidur.
*Mimpi benda tajam seperti jarum, pisau, miang buluh dan mimpi api serta bencana alam.
*Terasa ada menyentap kaki ketika tidur.
*Terasa ada benda ‘meniduri’ ketika tidur.
*Mimpi makhluk yang menyeramkan datang mengacau dan menengking.
*Mimpi lembaga berdialog perkara yang tidak baik ketika tidur.

*Mimpi perkara menggelikan seperti ulat, lintah dll.

Ketika jaga

*Sakit pada tulang belakang tanpa sebab.
*Sakit kepala luar biasa atau migrain khususnya waktu senja ke atas.
*Istihadah. (haid lebih 15 hari)
*Terasa ada benda yang mengekori sentiasa.
*Takut tidak bersebab.
*Badan terasa berat dan malas.
*Sukar mendapat jodoh.

*Suka bercakap-cakap berseorangan.
*Sakit bahagian rusuk kiri dan kanan dan belikat.
*Sesak nafas, batuk dan sakit badan waktu maghrib.
*Ragu-ragu tentang iman dan ajaran agama Islam.

*Ternampak-nampak bayangan atau lembaga.
*Sakit anggota badan tertentu tanpa sebab dan terasa bisa-bisa.
*Sakit ketika menziarahi orang mati dan jenazah.
*Sakit tulang empat kerat.
*Batuk yang berpanjangan dan kadang2 berdarah.
*Kuat berangan.
*Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
*Selalu ditindas, dibenci dan dihina.
*Nafsu seksual yang melampau.
*Pernah mengambil amalan silat kebatinan yang bercampur aduk dengan jin.
*Mandul.
*Terasa diri selalu diperhatikan.
*Kerap mendengar bisikan yang bukan-bukan.
*Kerap melihat susuk penampakan jin di mana2. Dianggap anugerah tetapi sebenarnya adalah gangguan.
*Takut menziarahi jenazah.
*Terasa sesuatu bergerak di tapak kaki.
*Gelisah dan panas tengkuk ketika mendengar al Quran dan azan.
*Rasa seperti hampir mati atau keinginan bunuh diri.
*Nampak bayang-bayang melintas.
*Sukar lelapkan mata atau insomnia.
*Terasa benda menolak ketika memasuki tandas.
*Ada bisikan yang menyuruh melakukan maksiat.
*Sakit bahagian perut tanpa sebab.

* Terasa benda bergerak di bawah kulit.
*Bayi kerap menangis terutama waktu malam.
*Ternampak bayang dan bunyi benda jatuh di dalam rumah.
*Suami isteri kerap bergaduh walaupun perkara kecil.
*Sayang melampau-lampau kepada orang yang baru dikenali.
*Malas beribadah
*Mempunyai ketagihan dan tabiat buruk berbentuk maksiat yang sukar ditinggalkan.
*Nyanyuk ketika lanjut usia.
*Kanak2 hyperactive atau autisme.
*Sikap berubah secara mendadak.
*Kerap sendawa apabila mendengar al Quran dan azan.
*Kerap keguguran.
*Gagal melakukan hubungan kelamin.
*Sakit mental atau gila.

Tuesday, January 17, 2012

Ayat Pelenyap Kebatilan

Dinamakan ayat-ayat berikut sebagai ayat pelenyap kebatilan , kerana ayat-ayat tersebut membawa erti kebenaran (haq) mengatasi kebatilan.

Kebiasaanya ayat-ayat dibawah digandingkan dengan ayat pembatal sihir, sebagai satu ikhtiar bagi mengatasi masalah gangguan sihir.

Antara ayat-ayat pelenyap kebatilan adalah seperti berikut

  1. An-Nur 24:39
  2. Al-Furqah 25 : 23
  3. Al-Fathir 35 : 10


Bersambung....

Wednesday, January 11, 2012

Ayat Hifz (Ayat Menjaga)

Ayat Hifz (Menjaga)

Antara amalan-amalan yang diamalkan di AMSYIQ ialah ayat-ayat Hifz. Ayat-ayat berikut dipanggil ayat-ayat hifz kerana terdapat perkataan hifz /hafazah. Antara kegunaan ayat-ayat tersebut ialah sebagai

  1. Pendinding diri daripada kejahatan makhluk
  2. Menjaga anak didalam kandungan terutama bagi mengatasi masalah sering gugur samada disebabkan masalah klinikal atau gangguan
  3. Menjaga harta benda dari perbuatan khianat

Ayat-Ayat Hifz adalah seperti berikut
  1. Al-Baqarah (1:255)
  2. Al-An'am (6 : 61)
  3. Yusuf (12:64)
  4. Ar-Ra'du (13 : 11)
  5. Al-Hijr (15 : 9)
  6. Al-Hijr (15:17)

*cara memahami notation diatas, conto Al-Baqarah (1:255) bererti Surah Al-Baqarah, Surah Pertama, Ayat 255