Thursday, September 22, 2011

Waktu Rawatan & Cawangan Baru Seksyen 13

Dimaklumkan klinik AMSYIQ telahpun beroperasi seperti biasa iaitu


1) Ibu Pejabat Seksyen 16

Hari : Setiap Hari Jumaat
Masa : 9.00 mlm - 11.00 mlm



316, Tingkat 3 Pangsapuri Bistari
Pangsapuri Bistari
Persiaran Kemajuan Seksyen 16,
40000 Shah Alam

G.P.S 101.502232E 3.052457N

Hubungi : 017-340 9488 Sue / 019-270 1960 Ust Zed


2) Cawangan Seksyen 13

Hari : Isnin - Jumaat
Masa : 10.00 pagi - 4.00 petang

No 12, Jalan Boling Padang E,
13 /E, Seksyen 13,
40300 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

Hubungi : Tn. Hj Rano 019-209 0976

Thursday, August 4, 2011

Rawatan Bulan Ramadhan

Waktu Rawatan Bulan Ramadhan

Klinik AMSYIQ beroperasi pada bulan Ramadhan setiap hari Jumaat jam 10.00 malam

Pesakit yang ingin mendapatkan rawatan dikehendaki hadir dan mendaftar diri di kaunter selewat-lewatnya bermula jam 10.00 malam. Rawatan akan dimulakan tepat jam 10.30 malam.

Klinik AMSYIQ tidak akan menerima pesakit selepas jam 10.30 malam.

Monday, August 1, 2011

Ahlan Ya Ramadhan -



Ahlan ya Ramadhan

Seluruh warga AMSYIQ mengucapkan
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada Muslimin & Muslimat

Semoga bulan Ramadhan ini menjadi Ramadhan yang terbaik



Waktu Rawatan Bulan Ramadhan

Klinik AMSYIQ beroperasi pada bulan Ramadhan setiap hari Jumaat jam 10.00 malam

Pesakit yang ingin mendapatkan rawatan dikehendaki hadir dan mendaftar diri di kaunter selewat-lewatnya bermula jam 10.00 malam. Rawatan akan dimulakan tepat jam 10.30 malam.

Klinik AMSYIQ tidak akan menerima pesakit selepas jam 10.30 malam.



Hal-Hal Kecemasan

Sekiranya pesakit perlu mendapatkan perhatian segera, boleh hubungi

  1. Shah Alam Seksyen 16 - Ust Othman (012-666 9362)
  2. Shah Alam Seksyen 19 - Zed ( 019-270 1960)
  3. Shah Alam Puncak Perdana - Zul (019-399 0638)
  4. Shah Alam Puncak Perdana - Amir (012-6188 392)
  5. Meru, Klang - Hj Rano (019-2090 976)
  6. Kuala Lumpur - Azizan (019-430 6763)

Tuesday, July 12, 2011

Biodata Ust Othman Hamzah

Syeikh Othman Hamzah (Jubah Putih) Bersama Syeikh Muhammad Jibril (Kemaja Coklat)


Beliau dilahirkan pada 30 Disember 1965 di Hulu Yam Bharu, Selangor Darul Ehsan.

Pendidikan beliau:
1972-1979 S.R.K. Kampung Kuantan dan S.R.A Hulu Rening.
1979-1982 Sekolah Menengah Agama Rendah Batang Kali.
1983-1984 Sekolah Agama Menengah Tinggi (S.A.M.T) Hishamuddin Klang.
1985-1987 Institut Tahfiz Al-Quran,Pusat Islam Kuala Lumpur.
1987 Mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, Mesir.
1991 Memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Takhassus) bidang Al-Quran Wal Qiraat di Universiti Al-Azhar, Shubra, Mesir.
1994-1995 Diploma Pendidikan U.I.A .
1995 Diploma Kaunseling dan Undang-Undang Perbandingan.
1999 Mengikuti kursus imam mewakili Malaysia di Mesir.
2002 Mengikuti kursus Fatwa mewakili Selangor di Darul Ifta’, Mesir.
2004 Memperolehi Ijazah Sarjana Muda bidang Syariah di Universiti Al-Azhar, Damanhoor, Mesir.
2007 Melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana dalam bidang Feqh dan Usul, di Universiti Mu’tah Jordan.

Jawatan-Jawatan Yang Pernah Disandang.
1991 Pensyarah Maahad Tahfiz Negeri Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
1991-1993 Imam Rawatib di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ( Masjid Negeri Selangor).
1994-1998 Guru Sekolah Menengah Agama Rawang (SAMER) merangkap Imam Masjid Daerah Gombak.
1998 Pensyarah Maahad Tahfiz Negeri Selangor (Banat) di Bukit Naga Klang merangkap Imam Masjid Sultan Sulaiman, Klang dan Imam Masjid Negeri Selangor.
1999- 2007 memegang jawatan Imam Besar diMesjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri Selangor).

Penglibatan dalam Kerja-Kerja Sosial.
Panel Lujnah Penyemakan Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Ahli Jawatankuasa Penapisan bahan bercetak berunsur Islam (tafsir), JAKIM.
Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Selangor.
Ahli Jawatankuasa Pedngesahan Halal Negeri Selangor.
Ahli Jawatankuasa Pengawalan Akidah Negeri Selangor.
Ahli Jawatankuasa Panel Khutbah Negeri Selangor.
Hakim Tilawah dan Tahfiz Al-Quran peringkat Negeri Selangor.

Anugerah
Dianugerahkan gelaran Syeikhul Maqari’ pada tahun 1992.
Pengamal perubatan Islam, klinik Syifa’ di Mesjid Negeri sehingga 2007.

Dianugerahkan Pingat Ahli Mahkota Selangor (A.M.S) pada tahun 2004.


Lain-Lain


Penulis Khutbah Negeri Selangor. Beliau sering membentangkan kertas kerja di seminar-seminar di pelbagai Jabatan Kerajaan,Universiti dan Masjid.
Ahli Panel dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia (RTM), dan rancangan Al-Kuliyyah TV3.
Suara beliau berkumandang di Radio Selangor F.M dalam rancangan Suara Mimbar dan Radio Intitut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Menyampaikan ceramah di sekitar Negeri Selangor, Perak, Pahang, Pulau Pinang, Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Kedah, Sabah dan Sarawak.
Turut diundang menyampaikan ceramah motivasi.

Biografi Ust Othman Bin Hamzah






Syeikhul Maqari' Haji Othman Bin Hamzah dilahirkan pada 30 Disember 1965 di Ulu Yam Bharu, Selangor Darul Ehsan. Pendidikan awak beliau bermula di S.R.K Kampung Kuantan dan S.R.A Hulu Rening. Peringkat Menengah pula bermula di Sek. Men. Agama Rendah Batang Kali dan Sek. Men. Agama. Tinggi Hishamuddin Klang. Selanjutnya pengajian tinggi beliau bermula di Institut Tahfiz Al-Qur'an Pusat Islam Kuala Lumpur.

Selanjutnya beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, Mesir didalam bidang (Takhassus) Al-Qur'an wa Qiraat. Kecintaan beliau pada ilmu mendorong beliau untuk mendapat pendidikan lanjutan dengan mendapatkan Diploma Pendidikan UIA, Diploma Kaunseling & Undang-Undang Perbandingan, UIA. Pernah mengikuti kursus Imam di Mesir dan kursus Fatwa di Darul Ifta', Mesir. Kecintaan beliau terhadap ilmu mendesak beliau sekali lagi meninggalkan tanahair dan bercuti kerja pada tahun 2004 untuk melanjukan pelajaran diperingkat Sarjana Muda dalam bidang Syariah di Universiti Al-Azhar, Damanhoor Mesir.

Beliau sempat mengembara di bumi Yaman bagi menjejaki ulama-ulamanya. Alhamdulillah beliau dapat bertemu dengan Syeikh Qasim Al-Bahr iaitu 'Sohibus Sanad' yang memiliki semua jenis sanad dari sanad hadith, feqh, usul, tasawuf hinggalah kepada ilmu-ilmu dunia dan ilmu-ilmu batin (hikmah). Ramai ulama' dari seluruh pelusuk dunia datang bertemu beliau saling ijazah mengijazahkan sebagaimana menjadi kelaziman para salafussoleh.Daripada Syeikh Qasim, Syeikhul Maqari Ust Othman Hamzah menerima sanad hadith, sanad fiqh dan pelbagai jenis disiplin ilmu. Pengajian bersama Syeikh Qasim bermula sebaik sahaja selepas solat subuh.

Syeikhul Maqari Ust Othman juga sempat membaca hadith sohih muslim bersama Syeihnya iaitu Syeikh Faisal Kamil. Syeikhul Maqari Ust Othman membaca hadith di depan Syeikh Faisal Kamil lalu beliau menjelaskan syarah dan maksudnya berdasarkan syarah Imam An-Nawawi dari awal hinggalah juzu' ke enam, Syeikhul Maqari Ust Othman Hamzah banyak menghabiskan masa menghadap beliau selalunya di rumah beliau atau di rumah sewa Syeikhul Maqari setiap selepas Zohor hingga ke waktu Asar.

Syeikhul Maqari Ust Othman Hamzah juga membaca hadith Sohih Bukhari dihadapan syeikhnya iaitu Syeikh Abdur Raqib Abdullah Ubad. Kepada beliau Syeikhul Maqari Ust Othman Hamzah sempat membaca dan memahami hadith Sohih Bukhari dari awal kitab hingga kitab Al-Witr. Beliau juga sempat mendengar Syeikh Abdur Raqib membaca dan mesyarahkan kitab Bulughul Maram karangan Al-Imam As-Syaukani. Bagi masyarakat negara Yaman, tidak asing di sisi mereka nama As-Syaukani. Anak murid kepada As-Syaukani yang memegang sanad dan karangan kitab Al-Imam Asy-Syaukani ialah Qadhi Al 'Imrani. Syeikhul Maqari Ust Othman sempat mendengar beliau membaca dan mensyarahkan kitab Tuhfatul Ahwazi syarah kepada Sunan At-Tirmizi di masjid Imrani berhampiran dengan rumahnya. Di masjid inilah Qadhi Al 'imrani mengajar hadith pada setiap malam. Pengalaman menjejak ilmu dan sanadnya dirakamkan oleh Syeikhul Maqari Ust Othman Hamzah di dalam risalah bertajuk 'Hadith dan Kepentingan Sanad' untuk dikongsikan bersama. Beliau selanjutnya meneruskan pencarian ilmu di Universiti Mu'tah, Jordan diperingkat Sarjana (master) didalam bidang Feqh dan Usul.