Tuesday, July 12, 2011

Biografi Ust Othman Bin Hamzah






Syeikhul Maqari' Haji Othman Bin Hamzah dilahirkan pada 30 Disember 1965 di Ulu Yam Bharu, Selangor Darul Ehsan. Pendidikan awak beliau bermula di S.R.K Kampung Kuantan dan S.R.A Hulu Rening. Peringkat Menengah pula bermula di Sek. Men. Agama Rendah Batang Kali dan Sek. Men. Agama. Tinggi Hishamuddin Klang. Selanjutnya pengajian tinggi beliau bermula di Institut Tahfiz Al-Qur'an Pusat Islam Kuala Lumpur.

Selanjutnya beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, Mesir didalam bidang (Takhassus) Al-Qur'an wa Qiraat. Kecintaan beliau pada ilmu mendorong beliau untuk mendapat pendidikan lanjutan dengan mendapatkan Diploma Pendidikan UIA, Diploma Kaunseling & Undang-Undang Perbandingan, UIA. Pernah mengikuti kursus Imam di Mesir dan kursus Fatwa di Darul Ifta', Mesir. Kecintaan beliau terhadap ilmu mendesak beliau sekali lagi meninggalkan tanahair dan bercuti kerja pada tahun 2004 untuk melanjukan pelajaran diperingkat Sarjana Muda dalam bidang Syariah di Universiti Al-Azhar, Damanhoor Mesir.

Beliau sempat mengembara di bumi Yaman bagi menjejaki ulama-ulamanya. Alhamdulillah beliau dapat bertemu dengan Syeikh Qasim Al-Bahr iaitu 'Sohibus Sanad' yang memiliki semua jenis sanad dari sanad hadith, feqh, usul, tasawuf hinggalah kepada ilmu-ilmu dunia dan ilmu-ilmu batin (hikmah). Ramai ulama' dari seluruh pelusuk dunia datang bertemu beliau saling ijazah mengijazahkan sebagaimana menjadi kelaziman para salafussoleh.Daripada Syeikh Qasim, Syeikhul Maqari Ust Othman Hamzah menerima sanad hadith, sanad fiqh dan pelbagai jenis disiplin ilmu. Pengajian bersama Syeikh Qasim bermula sebaik sahaja selepas solat subuh.

Syeikhul Maqari Ust Othman juga sempat membaca hadith sohih muslim bersama Syeihnya iaitu Syeikh Faisal Kamil. Syeikhul Maqari Ust Othman membaca hadith di depan Syeikh Faisal Kamil lalu beliau menjelaskan syarah dan maksudnya berdasarkan syarah Imam An-Nawawi dari awal hinggalah juzu' ke enam, Syeikhul Maqari Ust Othman Hamzah banyak menghabiskan masa menghadap beliau selalunya di rumah beliau atau di rumah sewa Syeikhul Maqari setiap selepas Zohor hingga ke waktu Asar.

Syeikhul Maqari Ust Othman Hamzah juga membaca hadith Sohih Bukhari dihadapan syeikhnya iaitu Syeikh Abdur Raqib Abdullah Ubad. Kepada beliau Syeikhul Maqari Ust Othman Hamzah sempat membaca dan memahami hadith Sohih Bukhari dari awal kitab hingga kitab Al-Witr. Beliau juga sempat mendengar Syeikh Abdur Raqib membaca dan mesyarahkan kitab Bulughul Maram karangan Al-Imam As-Syaukani. Bagi masyarakat negara Yaman, tidak asing di sisi mereka nama As-Syaukani. Anak murid kepada As-Syaukani yang memegang sanad dan karangan kitab Al-Imam Asy-Syaukani ialah Qadhi Al 'Imrani. Syeikhul Maqari Ust Othman sempat mendengar beliau membaca dan mensyarahkan kitab Tuhfatul Ahwazi syarah kepada Sunan At-Tirmizi di masjid Imrani berhampiran dengan rumahnya. Di masjid inilah Qadhi Al 'imrani mengajar hadith pada setiap malam. Pengalaman menjejak ilmu dan sanadnya dirakamkan oleh Syeikhul Maqari Ust Othman Hamzah di dalam risalah bertajuk 'Hadith dan Kepentingan Sanad' untuk dikongsikan bersama. Beliau selanjutnya meneruskan pencarian ilmu di Universiti Mu'tah, Jordan diperingkat Sarjana (master) didalam bidang Feqh dan Usul.


No comments:

Post a Comment